Intim4Ever

Blog Intimasi Suami Isteri

Cara elak mati pucuk

Label: cara elak mati pucuk, teknik cegah mati pucuk, masalah ED, masalah mati pucuk
 

WALAUPUN saiznya kecil dan hanya bertulis tangan, iklan ubat atau rawatan perangsang seks mampu menarik perhatian lelaki; apatah lagi jika ada pengguna yang mengakui keberkesanannya. Apabila membabitkan topik kurang kemampuan seks, tidak ada lelaki yang bersedia membincangkannya walaupun dengan isteri sendiri, ramai lebih rela berdiam atau mencuba ubat perangsang yang belum tentu sesuai dengan mereka.

Masalah mati pucuk atau disfungsi erektil (ED) adalah masalah biasa di kalangan lelaki tua berumur 70 ke atas tetapi ia bukanlah perkara normal dalam proses penuaan. Bagaimanapun kini, semakin ramai lelaki muda mengalami masalah ED dan ini adalah antara faktor penyumbang kepada lambakan ubat perangsang seks di negara kita.

.
lelaki suami mati pucuk
Sebelum mencuba sebarang ubat atau rawatan, ketahui dulu tahap kesihatan diri kerana ada banyak penyakit yang boleh menjejaskan prestasi anda. Bagi yang tidak mengalami masalah, tidak perlulah hendak mencuba produk untuk menggandakan kemampuan kerana dikhuatiri ia boleh memberi kesan buruk terutama jika persediaan berkenaan mengandungi bahan-bahan berbahaya.

Sebenarnya masalah ED boleh dielakkan melalui beberapa kaedah dan sempena tahun baru ini, tanamkan azam untuk memelihara ‘aset’ anda dengan cara yang lebih sihat iaitu:

WALAUPUN saiznya kecil dan hanya bertulis tangan, iklan ubat atau rawatan perangsang seks mampu menarik perhatian lelaki; apatah lagi jika ada pengguna yang mengakui keberkesanannya. Apabila membabitkan topik kurang kemampuan seks, tidak ada lelaki yang bersedia membincangkannya walaupun dengan isteri sendiri, ramai lebih rela berdiam atau mencuba ubat perangsang yang belum tentu sesuai dengan mereka.

Masalah mati pucuk atau disfungsi erektil (ED) adalah masalah biasa di kalangan lelaki tua berumur 70 ke atas tetapi ia bukanlah perkara normal dalam proses penuaan. Bagaimanapun kini, semakin ramai lelaki muda mengalami masalah ED dan ini adalah antara faktor penyumbang kepada lambakan ubat perangsang seks di negara kita.

Sebelum mencuba sebarang ubat atau rawatan, ketahui dulu tahap kesihatan diri kerana ada banyak penyakit yang boleh menjejaskan prestasi anda. Bagi yang tidak mengalami masalah, tidak perlulah hendak mencuba produk untuk menggandakan kemampuan kerana dikhuatiri ia boleh memberi kesan buruk terutama jika persediaan berkenaan mengandungi bahan-bahan berbahaya.

.

TEKNIK ELAK MASALAH MATI PUCUK KAUM LELAKI

.

Sebenarnya masalah ED boleh dielakkan melalui beberapa kaedah dan sempena tahun baru ini, tanamkan azam untuk memelihara ‘aset’ anda dengan cara yang lebih sihat iaitu:

 

#Jaga makan:

Makanan yang mengancam kesihatan jantung juga boleh menjejaskan keupayaan ereksi anda. Dalam badan lelaki, salur darah yang paling halus ialah salur darah di zakar dengan garis pusat satu hingga dua milimeter saja; lebih kecil daripada salur darah ke jantung dengan ukuran garis pusat tiga hingga empat milimeter.

Sakit jantung terjadi akibat salur darah tersumbat, jadi kemungkinan salur darah pada zakar yang lebih halus untuk alami perkara ini adalah lebih tinggi. Aliran darah yang lancar penting untuk ereksi. Apabila aliran darah terjejas, maka seseorang akan mula mengalami masalah ereksi dan ED.

Kajian menunjukkan masalah ED jarang berlaku di kalangan lelaki yang mengamalkan diet Mediterranean (mengandungi banyak sayur, buah, ikan, bijirin penuh dan lemak yang baik untuk jantung). Kajian mendapati 57 peratus lelaki yang jalani pembedahan pintasan jantung mengalami masalah ED sebelum rawatan dan 64 peratus lelaki yang mendapat serangan jantung sudah ada ED sebelum serangan.

 

#Kekalkan berat badan yang sihat:

Kegemukan dan kegemukan melampau (obesiti) adalah ‘ibu’ kepada pelbagai jenis masalah kesihatan seperti kencing manis yang boleh merosakkan saraf di seluruh badan termasuklah di zakar. Jika ia berlaku, maka anda akan turut mengalami masalah ED. Kajian mendapati 20 peratus lelaki yang mengalami masalah ED menghidap kencing manis.

 

# Jaga tekanan darah dan paras kolesterol darah:

Dua perkara ini boleh merosakkan salur darah, termasuklah salur darah halus yang membawa darah ke zakar. Ini adalah masalah yang jarang disedari tetapi kajian menunjukkan di kalangan lelaki yang ada masalah tekanan darah tinggi, 68 peratus daripadanya ada ED dan 60 peratus lelaki yang mengalami masalah dislipidemia (masalah kolesterol tinggi) juga mempunyai masalah ED.

Selain pengambilan ubat, menjaga makan dan kerap bersenam adalah cara terbaik untuk membantu mengatasi masalah ED. Jika anda tidak pasti bagaimana hendak memulakannya, berbincanglah dengan doktor dan dapatkan nasihat terutama dalam soal penjagaan makanan.

 

# Kurangkan pengambilan minuman beralkohol:

Atau lebih baik tidak minum langsung. Memang tiada kajian bahawa alkohol boleh menjejaskan prestasi seks seseorang lelaki, malah ada sesetengah penyelidik berpendapat wain merah contohnya memberi manfaat kepada kesihatan jantung.

Bagaimanapun penyelidik dan pakar perubatan bersetuju kita tidak akan kehilangan sebarang kebaikan jika tidak minum minuman beralkohol, bahkan ia disifatkan langkah yang lebih baik dalam penjagaan kesihatan. Pengambilan alkohol berlebihan dalam jangka masa panjang boleh merosakkan hati, saraf dan menyebabkan pelbagai isu kesihatan lain yang akhirnya membawa kepada masalah ED.

 

# Mulakan bersenam dan jadikan amalan:

Banyak kajian membuktikan bahawa senaman adalah ubat terbaik bagi pelbagai penyakit. Gaya hidup yang tidak aktif juga terbukti memberi banyak kesan negatif terhadap kesihatan dan jika disertai tabiat pemakanan kurang sihat; ia menjadi perangsang kepada penyakit kronik untuk bersarang dalam badan kita. Senaman seperti berjalan kaki, berlari, berenang dan pelbagai jenis senaman aerobik didapati dapat membantu mencegah ED.

 

# Jangan bergantung sangat kepada senaman Kegel (kemut):

Tiada kajian yang menunjukkan senaman Kegel (menegang dan mengendurkan otot pelvis) dapat mengelakkan lelaki daripada ED. Bagaimanapun senaman ini sangat berguna kepada lelaki dan wanita yang mengalami masalah inkontinen (kebocoran kencing).

 

# Jalani pemeriksaan tahap hormon testosteron:

Testosteron ialah hormon yang diperlukan untuk mengekalkan sifat kelelakian seperti merangsang pertumbuhan bulu pada muka dan badan; penghasilan sperma, pembesaran kelenjar prostat dan ereksi; membentuk jisim dan kekuatan otot; mengekalkan keinginan seks; bersifat agresif selain menghasilkan sel darah merah dan mengekalkan ketumpatan tulang.

Menurut Timbalan Dekan Fakulti Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Madya Dr Shaiful Bahari Ismail, kekurangan testosteron menyebabkan nafsu seks menurun, lelaki sukar dan ambil masa lebih lama untuk ereksi, ejakulasi lemah, kurang air mani dan boleh menggalakkan pengumpulan lemak pada organ penting terutama pada bahagian pinggang.

Sebenarnya seseorang lelaki boleh mengesan ada sesuatu yang tidak kena pada mereka jika keinginan terhadap seks atau bayangan ‘nakal’ di fikiran berkurang. Tanda yang lebih penting ialah prestasi di atas katil mula merosot.

Secara semula jadi, paras testosteron mula menurun selepas mencecah tahap tertinggi ketika lelaki berumur 30 tahun dan merosot pelahan-lahan pada kadar 1.3 peratus setahun seiring dengan peningkatan umur terutama antara 40 hingga 60 tahun.

Maka, jika anda mengalami gejala seperti disenaraikan di atas, pergilah berjumpa doktor untuk jalani pemeriksaan. Malah kini ada rawatan yang dapat membantu meningkatkan tahap testosteron ke paras normal.

 

# Jika anda merokok, berhentilah segera:

Merokok bukan saja akan menyebabkan pelbagai jenis penyakit dan kanser, malah kandungan nikotin dalam asap rokok boleh membuatkan salur darah mengecut dan menyekat aliran darah ke zakar.

 

# Elakkan hubungan seks yang berisiko dan agresif:

Dalam sesetengah kes, ED terjadi apabila zakar mengalami kecederaan ketika melakukan hubungan seks. Cari kaedah yang menyenangkan dan memuaskan kedua-dua belah pihak.

 

# Tangani tekanan dengan baik:

Ada banyak kes ED disebabkan tekanan dan kemurungan. Jangan anggap ED akibat tekanan boleh hilang sendiri kerana ia akan sentiasa menghantui anda selagi punca tekanan tidak diatasi.
Tekanan boleh menyebabkan ED; sebaliknya ED juga boleh mengakibatkan seseorang menjadi lebih tertekan.

 

Petikan dari MyMetro
 
 
———————————————————————-

 

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 0 (from 0 votes)

Originally posted 2011-12-20 13:13:13. Republished by Blog Post Promoter

Categories: INFO MATI PUCUK

Leave a Reply