Intim4Ever

Blog Intimasi Suami Isteri

Tahukah Anda Tabiat Merokok Melemahkan Ketegangan Zakar Anda

Label: hisap rokok sebabkan mati pucuk, nikotin punca mati pucuk, ereksi dan nafsu seks lemah akibat hisap rokok, pembuluh darah sempit akibat nikotin

Tabiat merokok boleh menyebabkan lelaki mati pucuk, kerana ia menjejaskan saluran darah, kata penyelidik dari Finland dalam satu laporan.

Seorang daripada penyelidik di Kolej Kesihatan Umum Universiti Tampere, Dr Rahman Shiri berkata bagi bekas perokok, masalah mati pucuk boleh menjadi isyarat awal kepada penyakit saluran darah.

“Tabiat merokok kerap dikaitkan dengan mati pucuk dan penghisap menghadapi risiko 50 peratus lebih besar bagi kegagalan fungsi ereksi, berbanding mereka yang tidak merokok,” kata laporan yang disiarkan jurnal ‘Urology’.

Bagaimanapun katanya, mekanisme mengenai bagaimana tabiat merokok menyumbang kepada masalah mati pucuk belum dapat dijelaskan sepenuhnya.

“Ia mungkin melemahkan pengaliran darah ke zakar, mengganggu fungsi nitrik oksida yang penting untuk rangsangan atau menyebabkan saluran darah ke jantung menjadi tegang, antara punca yang diketahui sebagai penyebab mati pucuk,” katanya.

Untuk mengenal pasti perkara itu, penyelidik menjalankan kajian terhadap 1,368 lelaki berusia antara 50, 60 dan 70 tahun yang melengkapkan tiga soal selidik setiap lima tahun dari 1994 hingga 2004.

Hasil kajian mendapati lelaki yang menghisap rokok pada 1994 dan menghadapi penyakit pembuluh darah selepas itu mempunyai risiko tiga kali ganda untuk mati pucuk berbanding lelaki yang tidak merokok.

Bagaimanapun penghisap rokok yang tidak menghidap penyakit pembuluh darah tidak menghadapi risiko besar kegagalan ereksi.

.

Tahukah Anda Tabiat Merokok Melemahkan Ketegangan Zakar Anda

.

Lelaki yang melaporkan mereka mengalami mati pucuk pada 1994 dan juga bekas perokok, menghadapi risiko 50 peratus untuk menghidap penyakit pembuluh darah berbanding mereka tidak merokok dan tidak mati pucuk pada permulaan kajian.

“Kajian mendapati tabiat merokok boleh menyebabkan mati pucuk yang berpunca daripada penyakit pembuluh darah. Mati pucuk juga boleh dianggap sebagai tanda awal penyakit pembuluh darah,” lapor pengkaji itu. – Reuters

 

Rokok Mengakibatkan Mati Pucuk

    * Rokok mengandungi berbagai-bagai bahan bahaya termasuk nikotin.
    * Kebiasaan merokok menyebabkan penggantungan dan ketagihan nikotin.
    * Nikotin menyebabkan saluran darah ke zakar menjadi sempit dan tersumbat.
    * Kualiti sperma anda akan terganggu.
    * Kemampuan menghasilkan ereksi akan berkurangan dan nafsu seks akan menjadi lemah.

 

Hubungan Seks Anda Akan Terganggu

    * Hubungan seks adalah penting dalam kehidupan kita.
    * Ia membantu anda menikmati perkahwinan yang indah.
    * Selamatkan diri anda dari mati pucuk
    * Jangan biarkan diri anda menjadi mangsa nikotin.
    * Bertindak bijak, jangan merokok.

 

Fikirkanlah Tentang Pasangan Anda

Perkahwinan adalah titik permulaan bagi hubungan indah yang suci murni. Mati pucuk akan menyumbang kepada ketidakpuasan dan mengakibatkan keretakan rumah tangga.

 

———————————————————————-

.

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 0 (from 0 votes)

Originally posted 2011-12-16 10:51:27. Republished by Blog Post Promoter

Categories: INFO MATI PUCUK

Leave a Reply