Tip Malam Pertama

Kongsi Tip Malam Pertama

Semestinya malam pertama adalah satu malam yang istimewa bagi para pengantin yang baru bernikah untuk meraikan pernikahan yang telah berjaya dijalankan serta setelah penat seharian menjadi raja sehari, pastilah belaian kasih sayang pasangan menjadi penawar. Ini beberapa tip yang mungkin membantu anda.

.

.

Pelajari soal seks
Semestinya anda tidak mahu dilihat seperti terpinga-pinga dan tidak tahu bagaimana ingin melayani pasangan anda. Buku adalah salah satu rujukan yang bagus untuk anda pelajari tentang seks. Maklumat di internet juga banyak yang boleh membantu.

Rawatan pra pengantin
Sebulan sebelum hari pernikahan pengantin perempuan selalunya disarankan untuk melakukan rawatan pra pengantin kerana ia digalakkan kepada pengantin perempuan kerana rawatan ini bukan sahaja mengubat dari segi jasmani, malah juga untuk rohani.

Kamar romantik dan selesa
Kamar yang cantik dan romantik juga adalah faktor penting yang mendorong keseronokan sewaktu hubungan intim berlangsung.  Sebolehnya para pengantin bermalam pertama di hotel kerana suasana di kamar hotel biasanya sangat istimewa dan romantik.

Pencahayaan sederhana terang
Pencahayaan di ruang kamar seharusnya di letakkan pada takat sederhana terang kerana pencahayaan yang agak kurang terang dan berlampu kekuningan boleh menimbulkan emosi kasih sayang dan suasana romantik tat kala bersama orang yang kita sayang.

Wangian aromaterapi
Penggunaan wangian aromaterapi di dalam kamar boleh memberikan bau wangi yang juga membantu menaikkan rasa ghairah pasangan pengantin. Aromaterapi bunga geranium adalah pilihan yang baik kerana zat dalam bunga geranium boleh merangsang hormon seks.

Bersihkan diri
Mandi untuk membersihkan tubuh badan anda dari sebarang kekotoran dan bau yang kurang menyenangkan bagi pasangan anda. Mungkin anda boleh lakukan Brazillian Wax di spa yang menyediakan servis ini kerana ia sangat efektif membuang rerambut di tubuh badan kita.

Memakai pakaian yang memikat hati suami
Pakailah pakaian dalam yang memikat hati suami. Ia membantu dalam meningkatkan hormon seksual dalam diri suami dan rasa ghairah kian muncul melihat isteri berpakaian seksi.

Memakai wangian badan
Sejurus mandi, persiapkan diri anda dengan memakai wangian untuk tubuh badan agar bau badan kita lebih harum serta digalakkan juga bagi pengantin perempuan bersolek pada malam pertama agar kelihatan menawan dan cantik istimewa untuk pasangan lelaki.

Usah Paksa Diri
Tentukan anda dan pasangan sememangnya sudah bersedia. Usah memaksa diri, lakukan apabila kedua-dua kamu selesa. Rasa penat menguruskan perkahwinan mungkin menyebabkan salah seorang daripada anda berasa kurang sedia.

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 0 (from 0 votes)

Republished by Blog Post Promoter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *