Senang Aje Nak Tambahkan Air mani…..

MINGGU ini saya tertarik untuk mengetengahkan masalah kuantiti air mani. Ini kerana sejak kebelakangan ini banyak e-mel yang saya terima dan juga disiarkan mengemukakan masalah berkaitan air mani.

Baik suami mahupun isteri, ramai menyatakan kebimbangan, lebih-lebih lagi jika tidak mendapat anak walau sudah lama berkahwin. Dalam puluhan e-mel yang diterima, saya tertarik dengan e-mel yang bertanyakan ubat atau makanan untuk menambah kuantiti air mani.

Isi padu air mani yang keluar ketika klimaks berubah mengikut tahap rangsangan seksual, kekerapan persetubuhan dan umur.

Tahap rangsangan membuatkan anggota reproduktif lelaki itu mantap dengan kemasukan darah yang banyak dalam pundi prostat, cowpers dan seminal, kemudian dapat menghasilkan cairan yang banyak.

Lagi kerap lelaki itu bersetubuh, semakin kurang pengeluaran air mani, walaupun dia sangat terangsang ketika itu. Oleh itu, tidak hairan jika tidak bersetubuh dalam jangka masa lama, perasaan teruja semakin ketara dan penghasilan air mani juga bertambah.

Menyentuh aspek umur, pengaruh hormon testosteron memainkan peranan penting. Apabila tahap hormon menurun, rangsangan terhadap pundi-pundi tadi kurang, seterusnya jumlah air mani menjadi sedikit. Begitu juga sebaliknya.

Bagaimanapun, banyak keadaan boleh mempengaruhi jumlah air mani seperti makanan dan suplemen. Lelaki menghasilkan antara dua hingga enam mililiter (ml) air mani setiap kali pancut. Jika pancutan kerap, isi padu air mani boleh berkurangan sebanyak ½ ml atau hanya beberapa titik.

Air mustahak kerana ia juga boleh mempengaruhi isi padu air mani. Perlu minum air yang cukup sekurang-kurangnya empat liter sehari.

Selain itu, daging mengandungi pelbagai nutrien sesuai untuk penghasilan sperma. Ikan tuna, ayam dan daging merah mengandungi asid amino seperti L-Arginine dan L-Carnitine yang penting untuk sperma.

Selain itu, tiram dan makanan laut mengandungi zink yang penting untuk penghasilan air mani serta keaktifan sperma. Kekacang pula bagus dimakan kerana mengandungi banyak zat galian zink dan selenium.

Bijirin seperti oat dan granola, buah-buahan seperti buahan citrus, bayam, brokoli, bendi dan asparagus juga elok dimakan kerana mengandungi asid folik.

Namun, jangan memperkecilkan keupayaan buah- buahan tempatan.

Buah nangka dan betik misalnya mengandungi banyak antioksida yang boleh mempengaruhi kualiti sperma dalam badan. Pendek kata, semua buah-buahan dan sayuran menyumbang kepada isi padu, kesihatan dan kandungan air mani seseorang.

Selain itu, herba akar Tongkat Ali teruji secara saintifik oleh pakar tempatan bertujuan menambah isi padu air mani. Kesimpulannya, semua makanan dan suplemen yang saya utarakan diatas boleh diamalkan jika ingin menambah isi padu air mani berkualiti, baik untuk lelaki muda mahupun yang berumur.

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 8.0/10 (4 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: +1 (from 1 vote)
Senang Aje Nak Tambahkan Air mani....., 8.0 out of 10 based on 4 ratings

Republished by Blog Post Promoter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *