Koleksi Video Kemuncak Kilauan Emas 2011

Koleksi Video Pertandingan Akhir Kemuncak Kilauan Emas 2011 Jumaat, 29 Julai 2011 jam 9.00 malam

kilauan-emas-2011

SEKALIPUN tidak sehebat program realiti popular Akademi Fantasia (AF), Kilauan Emas yang mengetengahkan bakat ‘orang lama’ nyata memiliki prestij tersendiri. Malah, siapa sangka seramai 700 peserta hadir ke sesi uji bakat diadakan.

koleksi-video-kemuncak-kilauan-emas-2011
koleksi-video-kemuncak-kilauan-emas-2011

Selepas uji bakat di empat zon iaitu timur, utara, tengah dan selatan, seramai lapan peserta terbaik dipilih berentap ke peringkat separuh akhir pada 22 Julai lalu.

Namun, hanya empat peserta terbaik ke malam kemuncak semalam iaitu Azhar Shariff, 52, dari Semenyih, Selangor, Mohd Ali Norpiah Mohd Johar, 46, (Kuantan, Pahang), Mohamad Razip Kadir, 49, (Johor) dan Shamsiah Mhd Said (Terengganu).

ali-norpiah-permaidani

azhar-shariff-ku impikan-bintang

mama-shamsiah said

razip-kadir-beautiful-maria-of-my-soul

Peserta diadili barisan juri profesional, Sohaimi Meor Hassan, Nora dan Adnan Abu Hassan. Berlangsung hampir dua jam, kemenangan menjadi milik Mohd Ali Norpiah.

Dia membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM20,000 dan trofi.

Mempertaruhkan dua lagu iaitu Permaidani dendangan asal Aris Ariwatan dan Joget Bunga Melati (Halil Chik) ternyata pilihan tepat Mohd Ali kerana diakui juri bersesuaian dengan vokalnya.

Sohaimi yang ditemui pada sidang media berkata, Mohd Ali dipilih sebagai juara kerana persembahannya begitu konsisten dan terbaik pada malam itu.

Tak dinafikan, persembahannya lebih menonjol berbanding peserta lain.

“Apapun, ia tidak bermakna persembahan tiga peserta lain kurang bagus. Cuma, bagi saya Mohd Ali berjaya meyakinkan juri pada bakat nyanyiannya yang disimpan selama ini. Jujurnya, bukan mudah untuk kami selaku juri memilih juara.

“Keempat-empat peserta akhir Kilauan Emas yang terpilih ini semuanya memiliki bakat nyanyian hebat. Mereka tiada masalah dari segi vokal, cuma gaya persembahan berbeza. Jadi, mungkin sudah rezeki–nya untuk menang,” katanya.

keputusan-akhir-kilauan-emas-2011

Ujar Sohaimi, jarak markah antara peserta juga tidak jauh bezanya. Mohd Ali mengumpul 473 markah diikuti Shamsiah (459 markah), Azhar (457 markah) dan Razip (426 markah). Penilaian markah adalah 100 peratus daripada juri.

Memenangi tempat kedua, Shamsiah menerima hadiah RM15,000 dan trofi manakala Azhar (RM10,000) dan Razip hanya menerima trofi dan jambangan bunga.

Azhar juga menang Anugerah Khas Polident yang menyediakan wang tunai RM5,000 berserta trofi.

Hadiah disampaikan Pengurus Saluran Astro Prima, Nizam Sani.

Kata Nizam, sambutan baik ini membuatkan pihaknya berminat untuk menyambung Kilauan Emas musim kedua.

Katanya, kini semuanya masih dalam perancangan. Apa yang pasti, Kilauan Emas adalah platform terbaik untuk membantu mereka berusia 45 tahun ke atas menonjol–kan bakat nyanyian dimilki.

Sementara itu, Mohd Ali Norpiah berkata, dia sangat bersyukur dengan kemenangannya.

Apatah lagi, persaingan antara peserta yang sudah umpama keluarga sangat sengit.

Ujarnya, inilah yang dikatakan rezeki dan dia akur dengan ketentuan Tuhan.

“Saya berharap dengan kemena–ngan ini, memberi peluang kepada saya dalam bidang nyanyian. Apapun, saya tak pernah terfikir akan menang kerana yang penting persembahan membuatkan penonton terhibur dan seronok,” katanya.

Pada malam kemuncak itu, Shamsiah pula mendendangkan lagu Hadirlah Kasih nyanyian asal Hetty Koes Endang dan Gelombang (Salamiah Hassan).

Manakala Azhar menyanyikan lagu Ku Impikan Bintang (Sean Ghazi) dan Sesaat Kau Hadir (Utha Likumahua) serta Razip dengan lagu Ratnaku (Roy) dan Beautiful Maria Of My Soul (Los Lobos).

Di awal persembahan penonton dihiburkan dengan nyanyian Nora menerusi lagu Di Persimpangan Dilema dan Desa Tercinta. Begitu juga, gandingan Sohaimi, pengacara Kilauan Emas, Raja Azura dan Adnan mendendangkan lagu Kalau Berpacaran. Menutup tirai persembahan, Ramlah Ram dengan lagu kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu.

Label: kemuncak, kilauan emas, akhir, pertandingan, raja azura, kak engku, nora, azhar shariff, ali norpiah, ramlah ram, mama shamsiah said, razip kadir, pentas kilauan emas, sohaimi meor hassan, kalau berpacaran, adnan, abu hassan, nyanyian


VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 10.0/10 (1 vote cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: +1 (from 1 vote)
Koleksi Video Kemuncak Kilauan Emas 2011, 10.0 out of 10 based on 1 rating

Republished by Blog Post Promoter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *