KES HANGAT HANEZ SURAYA: Tuntut Isteri Kekasih Minta Maaf

Hanez Suraya Tuntut Isteri Kekasih Minta Maaf 

 

Memang panas kes melibatkan Hanez Suraya yang dikatakan menjalin hubungan dengan suami orang. Bermula dengan penyiaran gambar mesra Hanez di tepi pantai bersama kekasih baru disusuli pengakuan mahu berkahwin penghujung tahun ini, akhirnya terpokah cerita bahawa kekasih Hanez sebenarnya suami orang.

hanez

Tumpuan mula diberikan peminat gosip hiburan terhadapnya apabila Hanez tersilap memberikan kenyataan bahawa kekasihnya duda, sebelum kembali dengan permohonan maaf dengan kenyataannya itu.

Bagaimanapun, kesilapan terbesar Hanez adalah memberitahu secara terbuka di sebuah program hiburan tidak ada perempuan yang datang menyerangnya kalau benar kekasihnya iaitu Romin Razin Adilha, 34, adalah suami orang.
Susulan itu, sebuah akhbar menyiarkan pengakuan eksklusif isteri Romin iaitu Nurliyana Manan yang mendakwa dia masih belum diceraikan dan Hanez merupakan penyebab keruntuhan rumah tangganya.

Hanez bagaimanapun dilihat bangkit mempertahankan diri menerusi satu sidang media yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di Bandar Utama, sebentar tadi.
Pada sidang media yang turut dihadiri dua orang peguam mewakili Hanez dan kekasihnya, duta produk Aura White ini menuntut agar isteri Romin memohon maaf kepadanya secara terbuka.

pchanez1

 

  pchanez

Hal ini kerana cerita daripada Liyana didakwa fitnah yang telah menyebabkan Hanez atau nama sebenarnya, Hanez Suraya Abdul Aziz, 29, menanggung malu dan berasa terganggu.

Fitnah yang dimaksudkan Hanez adalah dakwaan Liyana bahawa dia merupakan punca keretakan rumah tangganya bersama suami selepas menjalin hubungan dengan Romin sejak lapan bulan lalu.
Dalam kenyataannya, Hanez berkata dakwaan itu tidak benar kerana dia dan Romin mula berkenalan pada 20 Disember tahun lalu sedangkan Liyana memfailkan perceraian pada 8 Oktober tahun sama.

“Saya mahu dia memohon maaf secara terbuka dengan semua tohmahan yang telah dia aibkan. Kalau boleh permohonan secara terbuka seperti sidang media yang telah saya lakukan hari ini,” ujar Hanez.

Fitnah daripada Liyana didakwa Hanez telah mewujudkan kontroversi yang memberikan tempias pada karier seni dan mencalarkan namanya di seluruh Malaysia, selain membuatkan dia dan keluarga dihina oleh masyarakat.

Dalam pada itu, Romin yang turut hadir di sidang media hari ini turut mempertahankan Hanez.
Menurut Romin, dia terkejut dengan perbuatan isterinya memberi kenyataan kepada media dan menyebarkan gambarnya di Bangkok bersama Hanez.

“Memang saya dan dia belum bercerai tetapi masalah rumah tangga kami sudah lama berlaku, sebelum saya mengenali Hanez lagi.

 

“Malah isteri telah memfailkan cerai pada 8 Oktober 2013 dan ini merupakan fail cerai buat kali kedua yang dibuat oleh dia. Saya harap orang ramai tidak menghentam Hanez tanpa sebab lagi,” tegas Romin.

– REM RAMZI
Sumber: ROTI KAYA / HARIAN METRO / MSTAR / OH BULAN!

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 0 (from 0 votes)

Republished by Blog Post Promoter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *