KEPUTIHAN DAN CARA MENGHILANGKAN KEPUTIHAN ANDA

Apa Itu Penyakit Keputihan?

Istilah “keputihan” adalah simptom yang lazim dialami oleh wanita. Penyebab utamanya sejenis kulat (jamur) yang dikenali sebagai candida albicans. Keputihan yang disebabkan olehcandida albicans dikenali dengan vulvovaginal candidiasis.

Masalah keputihan ini biasa berlaku kepada wanita dewasa dan remaja. Keputihan atau lelehan lendir yang keluar dari faraj wanita ada pelbagai sifatnya dan berbeza di antara seorang wanita dengan yang lain. Keputihan biasanya berwarna jernih atau kelabu keputihan. Lazimnya, jika keputihan tiada berubah warna kekuningan atau kehijauan bermakna tiada jangkitan. Sama juga jika keputihan bersifat berlendir dan tidak berbeku seperti susu basi atau berubah berbau hanyir, atau terdapat radang dan kegatalan pada faraj menandakan jangkitan.

Keputihan atau lendir faraj berubah akibat perubahan hormon, perubahan mental, jangkitan, ubatan, penyakit dalaman. Wanita mempunyai kitaran haid yang dipengaruhi oleh hormon.

Keputihan abnormal merupakan masalah yang cukup sering dialami wanita. Keputihan tidak menyebabkan kanser. Namun, salah satu gejala kanser mulut rahim adalah keputihan.
Keputihan yang teruk dan dibiarkan lama tidak diubati dapat menyebabkan kemandulan. Jika keputihan tidak diubati, maka infeksi yang ada dapat merebak ke rongga rahim, kemudian ke saluran telur.

Wanita yang menderita keputihan kronik selama bertahun-tahun akhirnya menjadi mandul. Banyak wanita yang mengambil mudah soal keputihan. Jika keputihan tersebut hanya bersifat fisiologis (normal, non patologis) memang tidak berbahaya, namun, jika bersifat patologis harus segera diubati, kerana lama kelamaan dapat menyebabkan kesulitan untuk mempunyai anak.

Walaupun penyakit ini dinamakan keputihan namun warna cairannya tidak selalu berwarna putih polos. Warna ini sangat bergantung dari penyebab dan lamanya penyakit yang diderita. Bentuk cairan tersebut dapat berupa cairan seperti susu, cairan yang kental dan liat berwarna kekuningan, atau kadang-kadang sampai berupa gumpalan seperti keju yang menimbulkan rasa gatal. Jika terkena infeksi, biasanya cairan akan menggumpal, berwarna kehijauan disertai dengan rasa gatal. Keputihan juga menggangu hubungan suami isteri, isteri berasa malu dengan suami kerana bau yang kurang menyenangkan.

Jadi, bagi setiap wanita amat penting untuk menjaga kesihatan anda supaya keputihan anda tidak merbahayakan kesihatan anda.. Keputihan dapat diubati jika kena caranya………….

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 10.0/10 (1 vote cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: +1 (from 1 vote)
KEPUTIHAN DAN CARA MENGHILANGKAN KEPUTIHAN ANDA, 10.0 out of 10 based on 1 rating

Republished by Blog Post Promoter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *