Cegah Jenayah Pecah Rumah, Rompak dan Samun

Tips Cegah Jenayah Pecah Rumah, Rompak dan Samun

Label: tips cegah jenayah pecah rumah, cara elak berlaku jenayah pecah rumah, sistem penggera keselamatan rumah, rakan cop, tips tinggalkan rumah musim cuti

ELAK ROMPAKAN DI RUMAH

Pastikan pintu pagar atau pintu utama dikunci sepanjang masa. Jangan buka pintu kepada orang tidak dikenali.

Kenal pasti pelawat melalui ‘door viewer’ dan pastikan rantai kunci pintu berkunci apabila bercakap dengan pelawat yang tidak dikenali.

Maklumkan kepada ahli keluarga terlebih dahulu jika anda menyuruh kawan atau seseorang ke rumah anda.

ROMPAKAN DI TEMPAT AWAM

Berwaspada apabila ada orang yang tidak dikenali mengekori anda atau yang selalu berpeleseran di kawasan lif

Elakkan dari menaiki lif dengan orang yang mencurigakan. Aturkan seseorang untuk menemani anda pulang ke rumah.

Apabila anda dalam lif, sentiasa berdiri berdekatan dengan panel kawalan lif. Ini membolehkan anda mengawal lif jika berlaku perkara yang tidak diingini.

Elakkan dari memakai barang kemas atau membawa wang tunai yang banyak.

Rancang perjalanan anda dan elakkan dari melalui tempat gelap atau sunyi.

Berhati-hati dengan orang yang mencurigakan yang sentiasa berpeleseran di lif, tangga,kaki lima dan di kawasan awam.

Bawa alat penggera bersama anda dan gunakan ia untuk mencegah perompak atau untuk menarik perhatian orang yang berdekatan.

APA PERLU ANDA LAKUKAN APABILA ANDA DIROMPAK

Anda perlu bertenang. Jangan bertindak jika perompak berkenaan mempunyai senjata.

Perhatikan gerak-geri perompak seperti perwatakan, air muka, pakaian, tingkah laku,pergerakan, dan keterangan fizikal yang lain. Ia boleh membantu polis untuk mengesan perompak berkenaan.

Perhatikan juga ke mana arah dan cara perompak itu melarikan diri. Jika ia menggunakan kenderaan, rekodkan nombor pendaftaran, warna kereta dan jenis kereta. Pastikan juga ke arah mana ia pergi.

Hubungi polis di nombor 999 atau hubungi Balai Polis berdekatan dengan segera.

JENAYAH PECAH RUMAHCARA DAN CARA MENGATASINYA

Pasangkan ‘door viewer’, penyelak pintu utama.Pintu utama perlu diperbuat dari bahan yang kukuh dilengkapi dengan kunci yang berkualiti.

Pasangkan jeriji besi berkunci pada tingkap rumah anda.

Simpan tangga dan alat-alat di tempat yang selamat supaya penceroboh tidak menggunakannya untuk memasuki rumah anda.

Potong ranting-ranting pokok dan semak-semak sepanjang pagar rumah anda yang membolehkan penceroboh menyembunyikan diri di halaman rumah anda.

Pasang lampu yang mempunyai alat pengesan untuk mengawal halaman serta boleh mengesan penceroboh

LANGKAH BERJAGA-JAGA

Kuncikan pintu dan tingkap apabila meninggalkan rumah anda walaupun untuk masa yang singkat.

Jangan sembunyikan kunci di bawah alas kaki, di dalam pasu bunga atau di atas kotak meter elektrik di luar rumah anda.

Jangan tinggalkan nota yang menyatakan ketiadaan anda di rumah.

Gantikan semua kunci apabila kunci rumah anda hilang atau dicuri.

Hentikan hantaran (contoh: surat khabar) apabila anda tiada di rumah untuk beberapa hari.

Biarkan radio atau lampu terpasang di waktu malam untuk mewujudkan suasana rumah yang berpenghuni.

Simpan wang tunai di bank dan barang kemas anda di dalam peti besi simpanan atau peti keselamatan.

Minta tolong jiran sebelah rumah anda untuk tengokkan rumah anda sepanjang ketiadaan anda di rumah.

Sila kongsikan info ini untuk kebaikan dan keselamtan bersama, Terima Kasih.

Info Jenayah Rompak, Samun Dan Pecah Rumah

alarm padloch jenayah pecah rumah

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 10.0/10 (1 vote cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: +1 (from 1 vote)
Cegah Jenayah Pecah Rumah, Rompak dan Samun, 10.0 out of 10 based on 1 rating

Republished by Blog Post Promoter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *