ANGKARA FACEBOOK

Apakah benar facebook memberikan kesan negatif kepada manusia? Persoalan ini timbul apabila kita sering membaca artikel di internet maupun akhbar berkaitan gejala negatif hasil dari penggunaan facebook. Berikut merupakan keratan tajuk-tajuk akhbar yang pernah kita baca sebelum ini.

Laman sosial facebook ini ada baik dan ada buruknya. Bagi mereka yang berniaga secara online laman sosial Facebook ini merupakan platform yang penting bagi mereka mengenengahkan servis atau produk mereka. Bagi mereka yang suka bersosial di laman web ini akan menjadi masalah sekiranya batas-batas kemanusiaan dan juga etika bersosial tidak dijaga. Pada mulanya laman sosial Facebook ini menjadi satu platform yang amat berguna kepada masyarakat untuk tujuan menghubungkan rakan-rakan atau sanak saudara yang sudah lama tidak dapat dihubungi. Lama kelamaan ianya menjadi suatu platform dimana segala maklumat diri anda samada yang baik atau yang buruk tersimpan di pengkalan data Facebook dan kemungkinan besar akan dipantau dan juga disebarkan oleh mereka-mereka yang tidak bertanggung jawab.

Laman sosial Facebook menjadi syurga bagi peniaga, perompak, kaki ugut dan penggodam internet dan menjadi Neraka bagi mereka yang telah terpedaya dengan skim cepat kaya, mlm yang tak bertanggungjawab, penipuan pembelian di internet, gambar bogel peribadi yang disebarkan bekas kekasih dan macam-macam lagi.

Sedarkah anda bahawa segala maklumat yang anda “upload” akan tersimpan di internet buat selama-lamanya. Bayangkan anda sekarang pada usia muda seorang yang ranggi. Anda mula meng”upload” gambar-gambar berahi anda di internet. Masa berlalu begitu pantas. Tup-tup anda berjaya menjadi seorang yang berpelajaran dan memegang jawatan tinggi dalam bidang keagamaan. Nama anda begitu masyhur di kaca LCD dan akhbar-akhbar tempatan. Tiba-tiba dengan satu klik pada tetikus gambar separuh bogel anda ketika remaja tersebar di internet. Apo nak di kato!!!

Banyak lagi contoh-contoh buruk yang bakal berlaku sekiranya etika bersosial kita tidak dijaga. Pernah saya terbaca bahawa remaja England masa kini sedang asyik bertukar-tukar gambar bogel mereka. Mungkin kita beranggapan bahawa mereka bukan orang yang beriman. Tunggu! Bagaimana dengan anak-anak di Malaysia. Bersepah gambar bogel di internet. Padahal mak-bapak mereka orang kuat agama. Di mana silapnya! Mak-bapak, anak-anak ataupun masyarakat.

Aku sebenarnya risau bila bercerita tentang masalah sosial ini sebab takut terkena kat batang hidung sendiri. Aku berharap kita sama-sama berdoa kepada yang Maha Perancang supaya dijauhkan kita dari perkara-perkara buruk seperti ini. Namun usaha mesti dilakukan. Doa sahaja tak bole bro! Kita mesti ajar kepada anak bini kita tentang etika bersosial di internet. Kita sendiri pun sama juga. Takut lari dari track…..mana boleh tahan beb nengok awek jepun yang comel-comel tu…heheh!

Dari maklumat akhbar dan internet dapat disimpulkan bahawa perkara-perkara negatif yang sering berlaku adalah seperti berikut:-

  1. penyebaran maklumat palsu dan fitnah
  2. ugutan penyebaran gambar bogel peribadi
  3. pergaduhan suami isteri sehingga berlaku penceraian
  4. menggoda mangsa untuk berjumpa akhirnya dirogol
  5. menggoda wanita berkerjaya dan mengugut memberikan wang
  6. menjadi platform parti seks bebas dan rumah urut
  7. pusat maklumat bagi penjenayah dan perompak
  8. memerangkap mangsa skim cepat kaya dengan menunjukkan duit yang banyak
  9. sumber maklumat kehidupan dan keperibadian anda

Perasan tak yang laman sosial ini menjadi medan untuk menunjuk-nunjuk dari segi kekayaan, kecantikan dan kehebatan. Ramai yang tunjuk kereta mewah mereka, rumah banglo dan perabot mahal mereka, muka yang cantik dan tubuh badan yang menggiurkan. Ada yang tunjuk duit berkoyan-koyan….aduyai. Mentang-mentang aku ni hidup tak mewah…suka hati korang jer buat air liur aku jatuh ke lantai.

Salah kita juga mempamerkan segala apa yang kita ada. Kita sebenarnya memberikan peluang kepada pemangsa di luarsana untuk berkongsi kemewahan dan kecantikan tubuh badan. Budaya tunjuk menunjuk ini dah menjadi satu kemestian. Kalau korang tak ada cerita atau gambar yang menarik pasti tak ramai yang nak komen dan nak berkenalan. Lagi seksi gambar yang korang upload lagi ramai yang terhegeh-hegeh datang nak jadi kawan…konon-kononnyer!

Kalau nak cerita bab negatif nie memang tak akan abis. Sekarang kita cerita bab positif laman web sosial ini. Bayangkan sedara atau kawan sekolah anda yang memang lama giler tak jumpa akhirnya muncul di facebook. Adik beradik yang terpisah berjumpa kembali. Tengok! Betapa bagusnya platform laman web sosial facebook ini. Nak buat gathering pun tak payah nak abiskan pre-paid buat call/sms. Masuk dlm wall terus semua orang baca.

Penyebaran maklumat dapat dilakukan dengan sekelip mata. Bagi mereka yang perlukan teknik pemasaran yang bagus, platform ini adalah satu kemestian. Bayangkan anda ada beri-ribu pengikut. Bila produk baru dilancarkan, maklumat sudah sampai ke beribu-ribu prospek. Tak hebat lagi? Takkan  berfacebook bila dah dalam tanah baru nak dikatakan hebat!

Satu lagi kehebatan laman sosial ini yang aku nak kongsi bersama. Anda boleh jadi bujang semula walaupun anak dah masuk tujuh. Cuma klik ajer, serta merta anda menjadi muda belia dengan perut berketul-ketul dengan six packs nya. Anda akan pasti bertenaga dan kembali ke zaman orang muda bercinta. Hebat tak?

Kesimpulannya di sini, sebelum menggunakan sesuatu barangan atau servis mantapkan dulu dengan ilmu. Guna dengan bijak. Selidik dalam-dalam akan tujuan sesuatu platform itu. Apakah motif sebenar ianya dicipta. Pokok pangkalnya diri kita sendiri. Jangan salahkan pencipta facebook. Kita ada akal, buatlah keputusan sendiri. Dia diberi kebijaksanaan untuk menghasilkan produk yang bernama Facebook. Tak kan orang Malaysia tak boleh buat. Mesti ada yang genius punyer. Asyik-asyik download gambar porno, asyik-asyik download lagu….tak mencabar lansung! Buktikan yang Malaysia betul-betul boleh! Boleh yang positif tau bukan yang negatif.

Malaysia Boleh!

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 0 (from 0 votes)

Republished by Blog Post Promoter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *