Aaron Aziz Dapat Taraf Penduduk Tetap Malaysia

Permohonan Aaron Aziz Untuk Taraf Penduduk Tetap Malaysia Diterima

Di sebalik kontroversi yang dicetuskan Timbalan Presiden Seniman, Zed Zaidi mengenai isu pengiktirafan artis luar yang memenangi anugerah utama Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang, Ada berita baik buat peminat Aaron Aziz.

Permohonan Aaron Aziz untuk mendapatkan taraf Penduduk Tetap di Malaysia dikatakan telah pun diluluskan oleh pihak kerajaan. Cuma mereka masih menunggu masa yang sesuai untuk membuat pengumuman dan masa terbaik bagi pelakon filem Ombak Rindu itu untuk mengambil MyPR, kad pengenalan berwarna merah untuk permastautin tetap di pejabat tersebut.

“Sebenarnya dah diluluskan cuma tunggu untuk diambil”, ujar Aaron Aziz ringkas apabila ditanyakan status permohonan untuk menjadi penduduk tetap Malaysia.

 

 

Perkara tersebut dikongsi sendiri Aaron yang ditemui sebaik selesai wawancaranya bersama Berita TV9 petang semalam. Aaron bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

Zed Zaidi menerusi akaun Twitter beliau menulis yang beliau akan merasa lebih bangga jika selebriti kelahiran Malaysia yang berjaya menggenggam anugerah Bintang Paling Popular ABPBH25 kelmarin.

Kenyataan Timbalan Presiden Seniman itu mengundang rasa kurang senang di kalangan para peminat Aaron Aziz , namun Aaron tidak mempunyai masalah dengan kenyataan Zed Zaidi itu.

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 0 (from 0 votes)

Republished by Blog Post Promoter

Comments are closed.